Pulangan Lumayan menanti Anda Hanya Klik di sini

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

Friday, 22 February 2013

Khasiat Sayur-Sayuran




Sebenar terlalu banyak khasiat sayuran kepada kesihatan kita, jadi amalkan makan sayur, latih anak anda makan sayur sejak kecil. Kalau anda ada tanah lapang usahakan tanam sayur samada dalam polibag, kaedah hidroponi dan sebagainya.



Di sini ada beberapa khasiat sayur-sayuran yang biasa kita makan.Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.Insya Allah


1. Tomato



Merupakan sayur yang mempunyai banyak kegunaannya. Kaya dengan vitamin D, mengandungi unsur-unsur kalsium, phosphorus, zat besi dan vitamin-vitamin.Ia baik untuk penyakit hati dan penyakit “colon” iaitu dibahagian bawah usus. Sebaiknya elakkan dari makan kulitnya kerana kulitnya menyusahkan penghadaman makanan di dalam perut. Manakala jus tomato pula membantu menghadamkan makananan dan daging.
Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.Di Sepanyol tomato dan lada hijau digunakan sebagai ubat untuk penyakit buasir.

2. Lobak



Lobak mengandungi kali(a)emia yang mana sekira ia kurang di dalam darah boleh menyebabkan ketegangan saraf dan cepat marah. Apabila jus lobak dicampur dengan susu maka bertambah pula faedahnya untuk kesihatan iaitu boleh mencergaskan tubuh badan dan menguatkan ingatan. Ia juga boleh menghaluskan, melicinkan dan membersihkan kulit. Ia elok untuk penyakit-penyakit mata, kulit dan penghadaman.
Lobak mengandungi vitamin seperti vitamin A  dan minyaknya boleh membunuh cacing di dalam perut dan memudahkan buang air kecil dan ia juga baik untuk penyakit bisul dan kudis dan baik untuk kulit mengelupas pada kanak-kanak caranya dengan menghancurkannya dan diletakkan pada kulit mengelupas itu.

3. Gargir (الجرجير)



Jus gargir sesuai untuk mengembalikan rambut agar subur dan juga untuk menumbuhkan rambut. Ia juga boleh melawaskan kencing dan penawar kepada banyak penyakit.

 4. Bakdunis (البقدونس)

Bakdunis(البقدونس)

Kaya dengan vitamin B,B1,B2,C,A dan mengandungi kalsium, kali(a)emia, zat besi, sulfur dan phosphorus. Ia boleh menambah kekuatan tubuh badan dan pemikiran dan menumbuhkan sel-sel, melawaskan kencing, merendahkan suhu badan, mengatur perjalanan darah haid, membersihkan badan dari racun. Ia juga penawar bagi penyakit hati, penyakit kuning, penyakit kulit seperti ekzema, romatizum, penyakit sendi, batu karang, sakit perut dan elok untuk peredaran darah dan pernafasan.Manakala benihnya sesuai untuk merendahkan suhu badan dan jusnya pula boleh meredakan penyakit buah pinggang, sistitis (keradangan pundi air kencing) dan melawaskan kencing, juga boleh menyembuhkan luka.

5. Na’na’ (النعناع)

Na'na' (النعناع)

Menolong menguatkan tubuh badan, meradakan ketegangan saraf kerana ia boleh mengawal kekejangan, juga boleh menguatkan hati, Elok untuk batuk, asma, dan luka-luka, sakit perut, tidur susah lena dan melawaskan kencing.

Juga baik untuk romatizum dan penyakit lain.

Berkumur-kumur dengan cara menghisapnya baik untuk gusi dan gigi, menyedapkan bau mulut. Mentol na’na boleh menjauhkan jangkitan kuman seperti oleh serangga dan melegakan penyakit hidung.

 6.  Karops  (الكرفس)

Karops (الكرفس)

Boleh mencergaskan dan menjadi penghadam yang utama serta melawaskan kencing. Baik untuk ubat buah pinggang romatizium, mengurangkan suhu badan,menghilangkan rasa gundah-gulana atau tekanan perasaan, lemah tenaga batin dan juga baik untuk mengurangkan gemuk badan.






FAKTA BUAH-BUAHAN




Limau mandarin

Limau yang manis ini mengandungi 85 peratus air dan hanya 64 kalori. Ini menjadikannya snek rendah kalori yang baik bagi anda yang mahu menjaga potongan badan.Vitamin C yang kaya dalam buah ini membantu pengeluaran kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

Buah-buahan tempatan

Pisang

Sebiji pisang membekalkan 35 peratus daripada keperluan vitamin B6 harian anda. Vitamin B6 yang juga dikenali sebagai piridoksina, penting untuk membantu badan menghasilkan sel baru yang sihat.
Pisang kaya dengan kalium iaitu zat galian yang membentuk sebahagian daripada fungsi saraf dan otot. Kalium mencegah kekejangan ketika bersukan. Itulah sebabnya anda kerap melihat atlet makan pisang ketika berehat.Pisang juga sumber penting asid amino yang tidak boleh dikeluarkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mendapatkan asid amino daripada makanan. Asid amino adalah blok binaan untuk protein. Sebiji pisang membekalkan asid amino penting untuk tiga peratus protein harian.

Buah naga

Satu hidangan buah naga membekalkan dua gram asid lemak tidak tepu yang sihat untuk jantung dalam bentuk asid lemak lineik dan asid lemak oleik yang terdapat daripada biji yang kita makan sebagai sebahagian daripada buah.Satu hidangan buah naga membekalkan lapan peratus zat besi yang membantu kesihatan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel.Beta karotena dan vitamin C dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas.
Buah naga kaya dengan serat larut dan tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan. Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu.

Epal merah

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.
Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.
Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.

Limau tangerin

Sebiji limau tangerin membekalkan 39 peratus vitamin C harian. Diet yang kaya dengan vitamin C membantu menguatkan sistem imun untuk menghindarkan jangkitan.Kandungan tinggi vitamin A dalam limau tangerin memainkan peranan penting dalam kesihatan selaput mukosa dalam hidung, tekak dan saluran penghadaman.
Selaput mukosa yang kuat memastikan rintangan yang kuat untuk menentang bakteria dan virus berbahaya.
Antioksidan yang terdapat dalam limau tangerin ialah hesperidin. Ia memperlihatkan ciri-ciri antikanser terutama sekali apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan kaya dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran

Thursday, 21 February 2013

Hilangkan Mengantuk Di Dalam Kelas

                                    



Sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar untuk tidur di dalam kelas. Kalau tak tidur tu bukan pelajar la. Banyak faktor yang jika diambil kira sebenarnya amat remeh untuk dikaji tetapi itulah hakikatnya. Alasan seperti tidur lambat, lecture bosan (yang ini kadang2 pun betul juga), kelas panas, kelas sejuk sangat dan bermacam alasan lagi sudah menjadi perkara biasa. Di bawah ini tersedia beberapa tip untuk mengelakkan diri daripada mengantuk di dalam kelas mahupun dewan kuliah.

1. TIDUR SELAMA 8 JAM SEHARI. Tidur yang mencukupi menjamin kesegaran di dalam kelas. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar selalunya akan mencari waktu yang sesuai untuk mencukupi waktu tidurnya. Waktu kelas lah yang selalu menjadi mangsa keadaan.

2. TIDUR AWAL. Tidurlah pada jam 11 malam. Jadi, anda akan mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Moga-moga dapat bangun pada jam 7 pagi.

3. BANYAKKAN MINUM AIR BERTENAGA PADA WAKTU PAGI. Air bertenaga di sini maksudnya air yang boleh memberikan tenaga berlebihan kepada anda. Contohnya air kopi, Tongkat Ali, Redbull, Livita, Nescafe dan lain-lain lagi.

4. SELALU BERCAKAP DI DALAM KELAS. Kajian membuktikan mereka yang selalu bercakap di dalam kelas akan lupa untuk mengantuk. Hal ini terjadi kerana mereka selalunya dimarahi oleh guru kerana bercakap semasa guru@pensyarah sedang bercakap di hadapan. Hukuman seperti berdiri di atas kerusi atau pun memberikan syarahan di depan kelas membuatkan mereka ini terus tidak mengantuk di dalam kelas.

5. RAJIN BERTANYA SOALAN KEPADA GURU@PENSYARAH. Tanya lah apa sahaja soalan yang berkaitan mahupun tidak berkaitan dengan subjek. Ini akan membuatkan anda diberi perhatian yang lebih oleh seisi kelas. Takkan la semasa dapat perhatian pun masih mengantuk lagi?

6. BAWA GULA2 DAN MAKAN DI DALAM KELAS. Gula-gula sahaja tau. Jangan pula makan nasi lemak dalam kelas. Dikhuatiri nasi lemak anda akan habis sebelum sempat anda menjamahnya. Maklumlah bukan anda seorang saja yang lapar, malah ramai lagi yang kosong perutnya menanti makanan percuma.

7. BERI RENUNGAN YANG TAJAM KEPADA AWEK2 CANTIK. Ini memang fakta. Tidak pernah ada lelaki yang mengantuk semasa melihat gadis cantik. Oh ye, jika anda perempuan usha la lelaki yang hensem2.

8. KERAP PERGI TANDAS. Selalu angkat tangan dan minta kebenaran untuk ke tandas. Pelajar sebegini selalunya ada niat yang terselindung semasa di tandas. Mungkin mereka cirit-birit, sembelit, banyak minum air, atau pun mel**ca*p(cara pantas hilangkan mengantuk).

9. MAIN DAM DI BELAKANG KELAS. Kalau ada jutaria pun boleh juga. Cikgu marah belakang kira. Sekarang ni masalahnya nak hilangkan mengantuk. Kalau cikgu marah cakap la nak elakkan tidur dalam kelas.

10. MENGORAT AWEK DALAM KELAS. Ini cara paling berkesan. Takkan la mengantuk lagi masa tu. Tapi jangan ngorat awek yang sedang tidur. Nanti anda pula dapat penyakit yang sama macam awek tu. Sia-sia saja aku tulis sampai tip 10.

11. BUAT LATIHAN TAHAN NAFAS SAMPAI HABIS KELAS. Nah!!! Pasti tak mengantuk. Cara ini akan membawa oksigen yang lebih ke otak anda. Punca utama mengantuk adalah kerana otak kekurangan oksigen. Bila tahan nafas, jantung anda berdegup kencang kerana menyedut oksigen lebih. Banyak-banyakkan tahan nafas ye.

Wednesday, 20 February 2013

Cara-cara Setting Semula Streamyx Blockbuster,D-Link Wireless ADSL2+ Router (DSL-2640B),dan Lain-lain jenis modem boleh cuba juga aplikasikan cara ini

                     

Hari ini,admin nak ajar korang cara setting modem D-Link..
First on modem D-Link Modem dulu..selepas itu,  cucuk cable Lan dari modem D-Link ke pc anda.. .Lihat Di Sini.. untuk mengetahui bentuk cable lan ini.
First masuk ke 192.168.1.1 untuk masuk ke Login page D-Link...

Username: tmuser
Password: tmuser
Selepas itu ..tekan login..



Selepas tekan login..Sekarang anda diminta pergi ke Setup lalu tekan Setup Wizard.




Selepas tekan setup wizard..Anda akan nampak page seperti di bawah ini...
Sekarang masukkan Streamyx ID dengan Streamyx Password yang telah dibekalkan oleh ISP (Internet Service Provider) anda..
Pilih Protocol ---> Pppoe
Untuk Connection Type pula pilih LLC.
Sekarang tekan next.




Sekarang letak Wireless Network Name (SSID) ..Contohnya Wifi Saya..
Untuk WEP Key pula letak 13 characters..
contohnya---> abcxxxxxxxxxx
Setelah selesai...sekarang tekan Next..



Selepas tekan next..anda akan masuk ke page seperti di gambar bawah ini..Selepas itu...tekan restart atau reboot pula..




Selepas itu, tunggu sampai 100% untuk direboot..Nanti akan keluar satu pop up message..
DSL Router has been rebooted and is up runing now..







Thank you...^ _ ^



Tuesday, 19 February 2013

Pendaftaran BR1M dan Semakan Permohonan BR1M

image brim20

Pendaftaran Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kini bermula. Daftar secara atas talian untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan percuma. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Disember 2012.


Daftar sekarang:

https://ebr1m.hasil.gov.my

semak keputusan br1m

UPDATE TERKINI : Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dilanjutkan sehingga 15 MAC 2013, sebarang persoalan atau pertanyaan boleh dikemukakan kepada email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline: 1-800-222-500/1-300-88-3010 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.


kepada semua pemohon yang berjaya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bagi yang belum mengetahui keputusan permohonan dan tercari² bagaimana nak membuat semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sebenarnya, anda boleh mengetahui keputusan permohonan tersebut samada berjaya atau tidak melalui tiga kaedah.

1.Pertama melalui Pos. Keputusan samada pemohon layak atau tidak untuk menerima Bantuan  Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula dihantar secara berperingkat² ke semua alamat pemohon secara pos. Di situ, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan mengenai tarikh penerimaan dan tempat majlis penyerahan baucar akan diadakan. 

2.Kedua, pemohon boleh membuat semakan secara online dengan menghubungi Talian Hotline Kementerian Kewangan Malaysia, 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 ini, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja. 


3.Ketiga, selain membuat panggilan, pemohon juga boleh membuat semakan dan pertanyaan menerusi email ke belanjawan2012@treasury.gov.my


Bagi yang gagal dalam pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemohon boleh la membuat rayuan dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)dan agensi² kerajaan yang berkenaan atau pun muat turun di laman web Kementerian Kewangan Malaysia, Borang Rayuan BR1M. Pemohon boleh menghantar borang rayuan tersebut sebelum 10 Februari 2012.