Pulangan Lumayan menanti Anda Hanya Klik di sini

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

WELCOME TO MY LATEST POST TODAY

Get the knowledge and open your mind how to up your level in global network Today all management highly dependent on the sophistication of Internet.

Tuesday, 19 March 2013

Sejarah Daerah Kudat,SABAH




Bandar Kudat terletak di bahagian paling utara Sabah dan jaraknya dari Kota Kinabalu ialah sejauh 190 km dan memakan masa selama 2 jam 30 minit perjalanan. Penduduk Kudat dianggarkan pada tahun 2000 berjumlah 68,242 orang. Kaum majoriti di sana ialah Rungus sebanyak 65 %  yang merupakan sub-etnik KadazanDusun diikuti dengan kaum Cina, Bajau, Murut, Bugis, Dusun, Suluk dan Melayu. Kesemua kaum ini adalah berbeza tempat tinggal berdasarkan pekerjaan yang mereka ada. Contohnya orang Rungus lebih suka tinggal di kawasan pedalaman kerana menjalankan pekerjaan sebagai petani dan hanya segelintir sahaja yang tinggal di tepi pantai bekerja sebagai nelayan. Orang Bajau-Banaran pula tinggal di tepi pantai yang bekerja sebagai nelayan sepenuh masa. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan membuka kedai-kedai menjual barangan keperluan. Walaupun sebab sebenar pihak British membawa orang Cina datang Kudat untuk memajukan Kudat dari segi pertanian. Namun orang Cina tersebut tidak menjadi petani tetapi telah menjadi pengusaha kedai.
            Orang Rungus pula memilih untuk tinggal di kawasan pedalaman kerana ingin mengelak serangan daripada lanun yang merompak mereka. Di kawasan pedalaman mereka merasa lebih selamat dan boleh menjamin kebahagian mereka. Di kawasan pedalaman juga mereka boleh menjalankan kegiatan pertanian untuk menyara kehidupan seharian. Aktiviti perdagangan dalam kalangan orang Rungus dan Bajau-Banaran telah lama berlaku yang mana mereka menjalankan perdagangan sistem barter. Orang Rungus menukar hasil pertanian dengan ikan atau pun barangan lain yang tidak boleh mereka hasilkan dengan Orang Bajau-Banaran.
       Sultan Sulu telah memberikan kebenaran kepada pihak British untuk membuka penempatan di Pulau Balambangan selepas membantu Baginda dalam satu peperangan di Sulu. Pada mulanya Alexander Dalrymplelah yang pertama mengemukakan cadangan untuk membuka satu kawasan di Pulau Balambangan. Namun cadangan beliau tidak diterima oleh pihak British kerana menelan belanja yang sangat tinggi. Pada tahun 1773, John Herbert telah dilantik sebagai Chief of Britain’s First Southest Asia Trading Post.
            Herbert telah membuka Pulau Balambangan dengan membina kem tentera, kubu pertahanan, rumah dan gudang penyimpanan barangan. Pelantikan Herbert sebagai ketua tersebut adalah satu kesilapan bagi pihak British setelah pentadbiran beliau telah memakan belanja yang sangat banyak. Tambahan pula kaum Suluk, iaitu penduduk tempatan di sana telah memberontak dan memusnahkan dan membakar petempatan British. Usaha untuk membangunkan pulau tersebut telah gagal dan akhirnya ditinggalkan pada tahun 1805.  Pembukaan Pulau Banggi pula adalah bermula pada tahun 1805 setelah Charles Lee Moses berjaya memajaknya daripada Sultan Brunei selama sepuluh tahun. Namun Pulau Banggi hanya digunakan sebagai pangkalan tentera laut Amerika. Tidak ada sebarang usaha dijalankan untuk membangunkan Pulau Banggi.
            Tahun 1881 menyaksikan pembukaan Kudat sebagai satu penempatan orang British yang membawa bersama mereka beberapa orang Melayu Brunei. Briton A.H. Everett ialah indivudu yang bertanggungjawab dalam pembukaan Kudat. Mereka telah membuka kawasan yang mana pada masa sekarang ini ialah Bandar Kudat. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah menjadikan Kudat sebagai pusat pentadbiran mereka pada tahun berikutnya. Kudat pada masa itu telah diberi nama oleh SBUB sebagai British North Borneo. Salah satu sebab mengapa British memilih Kudat sebagai pusat pentadbiran mereka adalah kerana penemuan perigi minyak di Kg. Minyak yang terletak 26 km daripada Bandar Kudat. Kudat hanya dapat bertahan selama dua tahun setelah mengalami masalah kekurangan air bersih. Aktiviti lanun yang berleluasa di perairan Kudat juga telah memaksa British untuk meninggalkan Kudat dan membuka petempatan yang baru iaitu di Sandakan.

Sunday, 17 March 2013

Taman Tun Mustapha,SABAH




KUDAT,SABAH 2013 - Jika diambil kira luas Taman Tun Mustapha (TTM), ia merupakan taman marin terbesar di Malaysia pada ketika ini dengan keluasan sejuta hektar dan mempunyai sebanyak 50 buah pulau di dalamnya.

Bagaimanapun, sehingga kini, ia masih belum diiktiraf dan diwartakan sebagai sebuah taman marin meskipun kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan itu sejak 2003.

Jika dipersetujui kelak, ia diyakini dapat menggerakkan usaha memelihara dan melindungi kepelbagaian hidupan seperti hutan, paya bakau dan rumpai laut di TTM.

Bagi pencinta alam, langkah mewartakan Taman Tun Mustapha menjadi taman marin perlu demi kepentingan lebih 80,000 penduduk asal di pulau itu yang majoritinya bergantung kepada sumber alam untuk hidup.

Dengan lebih 50 pulau, TTM adalah habitat perlindungan bagi 252 spesies terumbu karang, 350 spesies ikan serta penyu hijau dan dugong.

Ini sekali gus melengkapkan pakej TTM untuk menjadi destinasi pelancongan terbaru di Sabah, terutama bagi para penyelam yang ingin melihat keindahan dasar lautnya.

Pengurus Projek Ekologi Marin Sulu Sulawesi WWF, Robecca Jumin berkata, dalam banyak-banyak pulau di TTM, Balambangan, Maliangin dan Berungus merupakan tempat yang paling menarik bagi eko pelancongan.

"Selepas diwartakan, taman tersebut akan menjadi taman marin terbesar di Malaysia dan yang kedua di Sabah. Ketika ini, Sabah mempunyai Taman Marin Tun Sakaran di Semporna.

"Namun, Taman Marin Tun Sakaran lebih kecil. Ia hanya berkeluasan 305 kilometer persegi dan mempunyai lapan buah pulau," katanya.

Robecca memberitahu, terdapat lebih 20 buah gua batu kapur di Balambangan dengan beberapa penemuan arkeologi berusia ribuan tahun lalu di situ.

Selain itu, turut ditemui sejenis orkid gua batu kapur mengagumkan iaitu jenis sama yang terdapat di Gua Mulu, Sarawak.

Katanya, dengan keunikan alam semulajadi yang terdapat TTM adalah wajar agar satu usaha untuk membangunkan eko pelancongan di kawasan itu dimulakan.

Jelas beliau, pembangunan eko pelancongan akan menjana kehidupan yang berkekalan bagi masyarakat tempatan dan membina sokongan sepenuhnya dalam melindungi pulau-pulau di situ.

Perancangan berterusan untuk TTM akan memberi peluang untuk memastikan aspek-aspek itu digabungkan dalam pelan pengurusan yang mantap.

Robecca berkata, inisiatif untuk memajukan eko pelancongan mestilah terancang dan direka khas agar ia membawa manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan tanpa menjejaskan integriti ekologi TTM.




Cara Mulakan Perniagaan Online



Ramai orang bertanya bagaimana ingin memulakan bisnes online. Jadi saya pun cakap,insyaallah saya akan terangkan sedikit demi sedikit. Saya akan buat satu entry khas untuk berkongsi pengalaman saya dalam bisnes online ini. Maka beranaklah entry ini! (Beranak?)
AMARAN! Infinity Downline bukan bisnes online. Itu money game. Penyangak moden mengebas duit-duit pengguna Facebook yang tidak ada ilmu tentang bisnes online lalu menyangka ID itu ialah bisnes. Kasihan! Anda beruntung kerana membaca artikel ini dan insyaallah anda tidak akan tertipu lagi.


Langkah memulakan bisnes online:

1) Cari produk yang ingin dijual

Ini ialah bahagian yang paling penting dan susah. Ramai orang yang tewas dan gagal untuk menguasai dan melepasi peringkat pertama ini dengan baik. Anda perlulah membuat sedikit kajian tentang produk yang ingin anda pasarkan. Jangan sesedap hati dan sesuka hati memilih produk untuk dijual.
Ramai orang MALAS dan ambil lewa dengan RESEARCH. Anda malas untuk membuat kajian tentang potensi produk yang anda ingin pasarkan. Pada pandangan saya jika anda merasakan produk yang anda berminat untuk jual itu tidak mampu dijual sehangat pisang goreng sedap, maka buat kajian, apa yang diperlukan oleh rakyat malaysia khasnya.
Kebiasaannya produk yang hot ialah produk yang menawarkan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Anda kaji apa permasalah di kalangan rakyat Malaysia dan anda cari jalan penyelesaian untuk anda tawarkan kepada mereka. Sebab itu produk kecantikan dan kesihatan sentiasa mendapat pasaran yang luas. Kerana apa? Kerana hampir semua manusia ingin kelihatan cantik dan hidup dengan sihat. Betul tak? ^_^
Sebagai contoh:
Aisyah terlintas untuk berubah dan ingin mendekati dan mendalami Islam. Langkah pertama dia ialah ingin melazimi dan mendekati Al-Quran. Cuma dia ada satu masalah,dia sentiasa cuba ingin membaca Al-Quran setiap hari tetapi masih ada kekurangan yang dia rasai. Apa ye?
Kenapa Al-Quran pun nak cantik2? Warna warni?
Untuk meraikan fitrah mahasiswi khususnya yang sukakan warna-warni dan juga inisiatif untuk menggalakkan Mahasiswi sentiasa bersama al-quran dan membacanya. Pelangi itu Indah

Sebab itu Al-Quran Wanita dan Al-Quran Pelangi mendapat sambutan yang baik. Ini kerana ia meraikan fitrah wanita dan dalam masa yang sama memberikan penyelesaian atas beberapa masalah. (atas pemerhatian saya sahaja)



Kesimpulannya ialah jangan malas mengkaji. Kalau malas,jangan sembang kencang! Whoaaa!

2) Mencari pembekal

Langkah kedua ini juga sangat penting bagi menjamin kelancaran bisnes ana kelak. Silap pilih,anda binasa.(Garangnyaaa..) Sila periksa record prestasi pembekal yang ingin anda kerjasama. Jika record dia baik,maka teruskan. Jika record dia kurang meyakinkan,sila cari pembekal yang lebih dipercayai. Sekali pembekal anda membuat hal, bisnes anda boleh runtuh. Percayalah! (Pengalaman saya)

3) Sila tubuhkan kedai maya anda

Seperti saya,saya lebih ligat bermain di alam Facebook. Semua kedai-kedai (Bajet banyak je) saya semuanya saya mayakan di Facebook. Setakat ini saya masih tidak mempunyai website untuk kedai maya saya. Kenapa saya memilih Facebook kawan-kawan? Setakat pemerhatian saya dan saya pasti ramai telah menyedari perkara ini bahawa Facebook ialah medium pemasaran yang sangat BERKESAN dan MURAH!

Berapa juta rakyat Malaysia yang mempunyai Facebook setakat hari ini? Dari adik kecik sehingga nenek sudah pandai membuka akaun facebook sendiri. Jadi,bukan setakat kasut orang dewasa pun anda boleh jual,coki-coki dan lolipop pun anda mampu jual kepada pengguna cilik di Facebook! Hoho..

Kos rendah kerana anda tidak perlu membayar kepada Mark Zukerberg untuk membuat page bisnes anda. Nak buat page pun senang macam gosok gigi je. Eh, kenapa saya pilih gosok gigi? Gosok gigi kelihatan mudah namun tersimpan berjuta rahsia disebalik itu..(suspen) Jika anda silap gosok gigi,maka anda akan mnegalami kompilasi seperti plak dan gusi berdarah. Begitu juga dengan page,jika anda sila membina,anda mungkin akan menghadapi beberapa masalah pada masa akan datang.
Dah start merapu dah…..Takpe,bab page ni nanti saya akan terangkan pada entry akan datang.


Cara-Cara Memulakan Perniagaan



Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Apabila Memulakan Perniagaan


Modal

Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.

Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.

Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.

Lokasi (Tempat Perniagaan)

Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.

Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.

Minat, pengetahuan dan pengalaman

Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.

Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.

Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.


Jenis dan saiz perniagaan

Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.

Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.

Persaingan

Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.

Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya.

Bagaimanapun usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.



Undang-undang dan peraturan

Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.

Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan.

Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.


Sumber bekalan

Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.

Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.


Memulakan Sendiri

Seseorang boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia mempunyai keyakinan dan kebolehan tentu ia akan berjaya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, ia hanya perlu memastikan kewujudan perkara-perkara berikut :-

Pengalaman dan pengetahuan

Minat yang berterusan

Modal yang mencukupi

Punca bekalannya

Peraturan dan undang-undang tempatan

Jenis perniagaan yang ingin dijalankan

Lokasi perniagaan

Ramai pelanggan dan usahawan yang berjaya pada hari ini telah memulakan kegiatan perniagaan dengan sendiri.

Ambil Alih 

Satu lagi cara untuk memulakan perniagaan ialah dengan mengambil alih atau bergabung. Ia bermaksud sebuah perniagaan yang sedang maju membeli atau bergabung dengan sebuah perniagaan yang lain dan mengambil alih pengurusannya. Di sini perkembangan perniagaan berlaku dengan cepat.

Apabila seseorang peniaga mengambil alih atau bergabung dengan sesuatu perniagaan, ia seharusnya menggunakan pengalaman dan pengetahuannya untuk :-

merundingkan harga yang terbaik

mendapatkan syarat-syarat bergabung atau ambil alih yang baik dari penjual.

Faktor-faktor yang dipertimbangkan apabila mengambil alih perniagaan :-

Kewangan perniagaan

Pada asasnya proses mengambil alih perniagaan lain perlulah mengambil kira langkah-langkah seperti membuat kajian awal untuk menilai kedudukan kewangan dan kadar keuntungan di samping meneliti dan memeriksa setiap butir kewangan yang disediakan oleh pemilik. Ia bertujuan memastikan kewangan perniagaan yang diambil adalah kukuh. Kajian juga termasuk mengkaji aset perniagaan yang ada seperti premis, lengkapan dan perabot agar mempunyai nilai semasa yang baik. Di samping itu, liabiliti perniagaan seperti pinjaman dan pemiutang juga perlu diketahui agar tidak menanggung beban hutang yang tinggi.

Faedah yang dinikmati

Kajian tentang kelebihan-kelebihan yang boleh didapati jika mengambil alih perniagaan tersebut juga perlu diambilkira, umpamanya dapat memiliki teknologi dan kepakaran yang ada. Begitu juga dengan aset seperti tanah dan bangunan yang boleh dimajukan untuk perkembangan masa hadapan. Bahagian pasaran yang telah dikuasai turut dinikmati dan pelanggan perniagaan dapat dikuasai.


Masalah yang dihadapi

Masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut yang menyebabkan pemiliknya ingin menjualnya juga harus diambilkira untuk dikaji. Ini bertujuan supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan menjadikannya sebuah perniagaan yang menguntungkan. Contohnya, jika perniagaan tersebut menghadapi persaingan yang hebat, kenalpasti pesaing tersebut dan kaji kelemahan yang ada untuk mengatasi persaingan.

Potensi berkembang

Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa. Umpamanya, perkhidmatan bas mini di kawasan Shah Alam diadakan berdasarkan kepada banyaknya kawasan perumahan dan perindustrian yang telah didirikan di mana terdapatnya banyak permintaan untuk perkhidmatan tersebut. Beberapa tahun yang lepas ia tidak diadakan kerana perkembangan dan pembangunan kawasan tersebut masih dalam perancangan.

Persaingan yang akan dihadapi

Persaingan yang akan dihadapi juga diambil kira. Buat kajian dan kenalpasti pesaing yang wujud. Kaji kelemahan dan kekuatan pesaing tersebut supaya kita boleh mengatur rancangan atau strategi untuk mengatasinya. Contohnya, jika pesaing mempunyai kepakaran tertentu, cuba pelajari kepakaran tersebut atau dapatkan kepakaran orang lain sebagai rakan kongsi atau diambil sebagai rakan kongsi atau diambil bekerja.

Minat dan kecenderungan yang ada

Minat dan kecenderungan semula jadi perlu ada apabila ingin mengambil alih perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ketahap yang dikehendaki. Minat dan kecenderungan merupakan asas bagi memulakan sesuatu perniagaan, oleh itu pastikan ianya wujud di hati kita.

Thursday, 7 March 2013

Khasiat Buah Limau Nipis


                                           

Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit. Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………

                                                   

(1) Menyingkirkan sel kulit mati- Apabila anda menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.

(2) Mengurangkan kedutan- Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.

(3) Melembapkan kulit- Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.

(4) Menghilangkan masalah kelemumur- Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.

(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku- Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk  rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.