Jom kita tengok macam mana nak aktifkan @buka akaun internet i-akaun KWSP. Memang penting dan memudahkan urusan bila kita ada i-akaun kerana ianya menjimatkan masa kita. So tak perlulah pergi ke kiosk KWSP untuk check balance akaun kita.
So mula-mula pergi ke kiosk pintar KWSP ataupun ke mana-mana pejabat KWSP untuk aktifkan i-Akaun
Lepas tu, masuk kat website KWSP dan click login kali pertama
Bila keluar benda alah ni, click "saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun.
Selepas tu pilih mana satu, i.e. nombor ahli ke, nombor kad pengenalan ke dan isi le butir-butir. Seterusnya masukkan kod pengaktifan yang telah didaftarkan kat kiosk KWSP.
Akhir sekali, masukkan segala butir-butir yang diperlukan dalam pendaftaran ini, i.e. ID pengguna (username) dan kata laluan (password), e-mail dan nombor telefon.
Rasanya tak sampai 15 minit dah siap pendaftaran ini.
Lepas tu masuk semula ke website KWSP dan pilih "login ke i-Akaun" dan masukkan username dan password yang didaftarkan sebentar tadi. Dalam i-Akaun ini, macam-macam kita boleh tengok dan check, i.e. profil peribadi, penyata semasa dan tahun lepas, status pengeluaran, sejarah pengeluaran, penamaan dan macam-macam lagi.
Sunday, 3 March 2013
Cara-cara nak Nak Buka @Aktifkan i-Akaun KWSP
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment