Pulangan Lumayan menanti Anda Hanya Klik di sini

Sunday 17 March 2013

Cara Mulakan Perniagaan Online



Ramai orang bertanya bagaimana ingin memulakan bisnes online. Jadi saya pun cakap,insyaallah saya akan terangkan sedikit demi sedikit. Saya akan buat satu entry khas untuk berkongsi pengalaman saya dalam bisnes online ini. Maka beranaklah entry ini! (Beranak?)
AMARAN! Infinity Downline bukan bisnes online. Itu money game. Penyangak moden mengebas duit-duit pengguna Facebook yang tidak ada ilmu tentang bisnes online lalu menyangka ID itu ialah bisnes. Kasihan! Anda beruntung kerana membaca artikel ini dan insyaallah anda tidak akan tertipu lagi.


Langkah memulakan bisnes online:

1) Cari produk yang ingin dijual

Ini ialah bahagian yang paling penting dan susah. Ramai orang yang tewas dan gagal untuk menguasai dan melepasi peringkat pertama ini dengan baik. Anda perlulah membuat sedikit kajian tentang produk yang ingin anda pasarkan. Jangan sesedap hati dan sesuka hati memilih produk untuk dijual.
Ramai orang MALAS dan ambil lewa dengan RESEARCH. Anda malas untuk membuat kajian tentang potensi produk yang anda ingin pasarkan. Pada pandangan saya jika anda merasakan produk yang anda berminat untuk jual itu tidak mampu dijual sehangat pisang goreng sedap, maka buat kajian, apa yang diperlukan oleh rakyat malaysia khasnya.
Kebiasaannya produk yang hot ialah produk yang menawarkan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Anda kaji apa permasalah di kalangan rakyat Malaysia dan anda cari jalan penyelesaian untuk anda tawarkan kepada mereka. Sebab itu produk kecantikan dan kesihatan sentiasa mendapat pasaran yang luas. Kerana apa? Kerana hampir semua manusia ingin kelihatan cantik dan hidup dengan sihat. Betul tak? ^_^
Sebagai contoh:
Aisyah terlintas untuk berubah dan ingin mendekati dan mendalami Islam. Langkah pertama dia ialah ingin melazimi dan mendekati Al-Quran. Cuma dia ada satu masalah,dia sentiasa cuba ingin membaca Al-Quran setiap hari tetapi masih ada kekurangan yang dia rasai. Apa ye?
Kenapa Al-Quran pun nak cantik2? Warna warni?
Untuk meraikan fitrah mahasiswi khususnya yang sukakan warna-warni dan juga inisiatif untuk menggalakkan Mahasiswi sentiasa bersama al-quran dan membacanya. Pelangi itu Indah

Sebab itu Al-Quran Wanita dan Al-Quran Pelangi mendapat sambutan yang baik. Ini kerana ia meraikan fitrah wanita dan dalam masa yang sama memberikan penyelesaian atas beberapa masalah. (atas pemerhatian saya sahaja)



Kesimpulannya ialah jangan malas mengkaji. Kalau malas,jangan sembang kencang! Whoaaa!

2) Mencari pembekal

Langkah kedua ini juga sangat penting bagi menjamin kelancaran bisnes ana kelak. Silap pilih,anda binasa.(Garangnyaaa..) Sila periksa record prestasi pembekal yang ingin anda kerjasama. Jika record dia baik,maka teruskan. Jika record dia kurang meyakinkan,sila cari pembekal yang lebih dipercayai. Sekali pembekal anda membuat hal, bisnes anda boleh runtuh. Percayalah! (Pengalaman saya)

3) Sila tubuhkan kedai maya anda

Seperti saya,saya lebih ligat bermain di alam Facebook. Semua kedai-kedai (Bajet banyak je) saya semuanya saya mayakan di Facebook. Setakat ini saya masih tidak mempunyai website untuk kedai maya saya. Kenapa saya memilih Facebook kawan-kawan? Setakat pemerhatian saya dan saya pasti ramai telah menyedari perkara ini bahawa Facebook ialah medium pemasaran yang sangat BERKESAN dan MURAH!

Berapa juta rakyat Malaysia yang mempunyai Facebook setakat hari ini? Dari adik kecik sehingga nenek sudah pandai membuka akaun facebook sendiri. Jadi,bukan setakat kasut orang dewasa pun anda boleh jual,coki-coki dan lolipop pun anda mampu jual kepada pengguna cilik di Facebook! Hoho..

Kos rendah kerana anda tidak perlu membayar kepada Mark Zukerberg untuk membuat page bisnes anda. Nak buat page pun senang macam gosok gigi je. Eh, kenapa saya pilih gosok gigi? Gosok gigi kelihatan mudah namun tersimpan berjuta rahsia disebalik itu..(suspen) Jika anda silap gosok gigi,maka anda akan mnegalami kompilasi seperti plak dan gusi berdarah. Begitu juga dengan page,jika anda sila membina,anda mungkin akan menghadapi beberapa masalah pada masa akan datang.
Dah start merapu dah…..Takpe,bab page ni nanti saya akan terangkan pada entry akan datang.


0 comments :

Post a Comment