Pulangan Lumayan menanti Anda Hanya Klik di sini

Tuesday 19 March 2013

Kronologi Perkembangan dan Sejarah Daerah Kudat

 
Sultan Amir dari Sulu menyerahkan hartanya di Borneo kepada East India Company. Bendera East India Company dikibarkan di Pulau Balambangan pada tahun 1763.



Dalam banyak-banyak tulisan ttg Sabah para penulis sejarah menyebutkan bahawa Sabah adalah jajahan yg di perintah oleh Brunei dan Sulu selama ribuan tahun. Tetapi dari fakta yg sebenarnya ini tak pernah terjadi.

Manakala dari suku kita sendiri tak pernah kalah dalam bertempur dgn pihak pendatang dari laut ini. Siapa yg tak tahu Simpang mangazou? Pantai Torungkungan? Vingolon? Teluk tambuluran? Andarason? Toringai dan banyak lagi.. semua nama-nama itu adalah tempat pertahanan Momogun Rungus utk menjaga kedaulatan Kesukuan kita.

Menurut saya fakta sejarah yg ada pada masa kini adalah tidak tepat. Sudahlah tak tepat tulisan tersebut juga bukanlah merupakan satu FAKTA DOGMATIS yang tak dapat di sangkal. Malah kalau kita yg menumpu kepada kawasan borneo Sabah, kita dapat percayai bahawa Kesultanan Sulu dan Brunei tak pernah menembusi sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut (Rungus).


Sesuatu yg bukan dogmatis adalah perkara yang boleh di bahas, di debat, dipersoal dan di lupuskan jika di dapati ianya tak benar menurut fakta. Adalah satu RALAT dan ERROR paling besar dalam SEJARAH SABAH kalau di masukkan BANGSA KITA MOMOGUN RUNGUS adalah di jajah Brunei dan Sulu ratusan tahun. Ini tak masuk akal sama sekali. tiada campurtangan luar dalam bangsa kita sehinggalah british dan jepun datang di sini.


KRONOLOGI SEJARAH PENTABDIRAN AWAL DAERAH KUDAT
Sejarah Kudat bermula sejak kurun ke 18 hingga Perang Dunia Ke-II berasaskan sumber-sumber manifestasi berikut:-

1. Sultan Amir dari Sulu menyerahkan hartanya di Borneo kepada East India Company. Bendera East India Company dikibarkan di Pulau Balambangan pada tahun 1763.

2. Skim penempatan dibuka oleh East India Company di Pulau Balambangan pada tahun 1773.

3. Penempatan di Pulau Balambangan diserang oleh Sulu pada tahun 1775 dan ditutup.

4. Pada tahun 1803 penempatan di Pulau Balambangan dibuka semula dan pada tahun berikutnya penempatan berkenaan ditutup sekali lagi.

5. Tercetusnya pemberontakan Sharif Osman terhadap Inggeris di Teluk Marudu pada 19.08.1845.

6. Kudat menjadi Ibu Negeri North Borneo (Sabah) pada 17.12.1881 hingga 1884.

7. Kedatangan pertama kaum Hakka di Sabah yang mendarat di Kudat pada 04.04.1883

8.Jepun menduduki Kudat pada 01.02.1942

9.Pusat pentadbiran Daerah Kecil Banggi diisytiharkan di Pekan Karakit pada 01.01.1975.

10.Sistem Residensi serta jawatan Residen Kudat dihapuskan didaerah Kudat dalam tahun 1979
Source:
http://www.sabah.gov.my/pd.kdt/index_files/Page416.htm

0 comments :

Post a Comment