Pulangan Lumayan menanti Anda Hanya Klik di sini

Thursday 28 March 2013

Tips Dapat Duit dari Nuffnang





Bagi blogger yang baru macam aku ni,dapat BUFEERED EARNING adalah perkara paling nikmat bila korang start join NUFFNANG. Gila tak bahagia. Kalau sebelum ni kena tunggu orang kelik satu-satu iklan baru la dapat duit. Itu pun kalau orang tu rajin nak kelik. Tapi once korang dah dapat BE, orang bukak je blog korang terus dapat duit. Syok gila kan. Bagi sape yang tak paham ape BE, boleh klik sini.


So kali ni aku berbesar hati nak kongsi dengan korang tips macam mana nak dapat BE dari NUFFNANG dengan cepat dan pantas. Actually tips ni aku dapat hasil dari pengalaman blogger-blogger senior dan pertanyaan kepada pihak NUFFNANG sendiri. Layan.

1.KEKALKAN STATUS "GLITTERATTI" ANDA.

Jangan gatal-gatal nak pasang iklan lain selain NUFFNANG kat blog korang. Nanti NUFFNANG merajuk, padan muka korang. NUFFNANG tak suka pada orang yang menduakan dia. Tak pasal-pasal status GLITTERATTI korang kena tarik balik.XD

2.RAJINKAN DIRI KORANG UPDATE BIO PROFILE DAN BLOG SURVEY.

Yang ni korang tak payah la UPDATE hari-hari, 2 kali sebulan pun dah OK. So dari situ NUFFNANG boleh filter blog mane yang sesuai dengan kehendak pihak advertiser. Tapi jangan sesekali korang classified blog korang as SOSIAL@POLITIC sebab NUFFNANG takkan pilih blog yang pasal politik-politik ni.:D

3.KALAU NAK LETAK IKLAN NUFFNANG, LETAK KAT TEMPAT YANG BETUL.

Ini serius. Aku bagi contoh, korang upah bangla suruh letak sofa kat ruang tamu, tapi die pergi bantai letak sofa korang dalam jamban jiran sebelah, ape korang rase? Ok jangan jawab. So ape yang korang rase same seperti NUFFNANG rase kalau korang suka hati letak iklan dorang merata-rata.

4.PENUHI BLOG KORANG DENGAN SEMUA JENIS IKLAN NUFFNANG.

Jangan gedik nak cakap "TAK KIUT LA BLOG I KALAU LETAK SEMUA IKLAN". Yang tak kiut tu la yang bagi duit kat korang. So sila letak ketiga-tiga jenis iklan NUFFNANG tu ye.Kalau tak tahu macam mane nak letak, aku ada buat tutorial. Meh klik sini ye.Part 1 | Part 2.

5.JAGA TANGAN KORANG DARI MENG'KLIK' IKLAN KAT BLOG SENDIRI.

Kalau korang klik berjuta-juta kali pun iklan kat blog korang, tapi dari IP ADDRESS yang sama, jangan harap la NUFFNANG nak bayar korang 1 sen malaysia pun. Silap-silap korang terus kena BANNED dengan NUFFNANG.HAHA.

6.SILA MAINTAINKAN TRAFIK BLOG KORANG 100 UV SEHARI.

Sebaik-baiknye 100 UV(Unique Visitor) la. Tapi kalau tak dapat, maintain lebih 20 UV pun dah kira Ok. Nak up trafik korang kena la rajin update blog dan blogwalking. Jangan nak malas sangat.:D

7.SELALU BERTANYA PADA NUFFNANG.

Ha yang ni penting jugak. Korang hantar je TICKET@PERTANYAAN kat NUFFNANG. Tanye jela ape yang patut seperti macam mana nak dapat BE. Nanti dorang akan jawab soalan korang tu. Tapi jangan tanya dah berak belom? Tak pasal kena banned la.HAHAHA.

8.PASTIKAN BLOG KORANG BUKAN JENIS YANG COPY PASTE.

Maksud aku kandungan blog korang mestilah original walaupun tak 100% nak ori sebab NUFFNANG tak suka blog yang mengandungi informasi dari sumber yang lain. Tapi kalau satu dua copy paste tak pe kot.

9.SILA BODEK DENGAN BUAT ENTRI YANG ADA BACKLINK KE NUFFNANG.
Contohnye sama seperti yang aku buat ni. Kiranya aku ni kaki bodek gak la. Tapi dari pengalaman otai blogger, bila kita selalu buat entri yang ada backlink ke NUFFNANG, senang untuk dapat BE. Cubalah buat ye.

10.JANGAN BERATKAN BLOG KORANG DENGAN WIDGET.

Sila kurangkan penggunaan widget di blog korang kerana ini akan melambatkan tempoh loading blog. Serius kalau aku pun malas nak jenguk blog yang loading lama gila. Mungkin aku pergi jenguk sekali je pastu tak pergi dah Inikan pulak NUFFNANG. Kompem tak dapat BE melainkan blog korang memang femes gila tu lain cerita.

Ok aku dah list kan semua tips tu.Sekarang ni semua bergantung atas usaha korang. Kalau rase nak dapat duit lebih dari NUFFNANG, cuba follow tips ni. Nanti dah dapat BE, korang share pulak dengan blogger lain k. Terima kasih NUFFNANG.

0 comments :

Post a Comment